Monday, 6 November 2017

'GOODBYE SALE' : SELAMAT TINGGAL TERFAKTAB MEDIA

Bismillah. Assalammualaikum.




Untuk sharing malam ini, Omi nak buat satu hebahan dan makluman buat kaki buku sekalian. Dengan perasaan sedihnya, Terfaktab Media bakal menutup operasi mereka pada akhir bulan Dis ini.

Sehubungan itu, bermula 1 Nov sehingga 31 Dis 2017 ini diadakan 'GOODBYE SALE'. Dimana buku buku dengan tajuk terbaik akan dijual serendah RM10 sebuah.

Sumber : FB Terfaktab

Sumber : FB Terfaktab


Jualan ini boleh korang dapatkan secara;
📚WhatsApp ke 016 256 7476
📚Melalui pembelian Online terus ke laman web www.terfaktab.com
📚Atau boleh walk-in ke 16-29 Plaza Azalea Shah Alam

Omi mula kenal Terfaktab ni dari zaman Omi bergelar student lagi, sampailah dah kerja dan berkahwin banyak juga buku diorang yang Omi dah baca. Terfaktab Media merupakan satu syarikat penerbitan buku buku alternatif, dimana kebanyakan karyanya bersifat realistik dan kontemporari.

Jadi, guys sesiapa yang nak beli masih sempat lagi. Mungkin sebgai kenangan kali terakhir sebelum mereka menutup operasi. Jom support!


Moga ini bukan penamat buat kalian. 😉

#selamattinggalterfaktab

Sunday, 5 November 2017

RESIPI BONDA : ROTI SARDIN GULUNG


Bismillah. Assalammualaikum. 

Omi ingin mulakan posting hari ini dengan doa yang baik buat saudara kita di Penang yang sedang menghadapi ujian banjir. Semoga kalian diberikan kekuatan, kesabaran dan redha terhadap bencana alam ini, mudah mudahan Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik buat kalian.
Aamiin ya Rabbal Alamiin.

Untuk resipi kali ini, Omi nak kongsi cara nak buat roti sardin gulung yang ringkas. Dulu zaman bujang, kalau lapar tengah malam inilah yang selalu Omi masak (selain mee maggie...HA.HA.HA...)


Bahan-bahan :-
6 keping roti (Omi guna roti Gardenia - digelek nipis)
1 tin sardin - ikannya dilecek bersama sos sardin
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 biji cili besar - dihiris
1 biji limau nipis - dibuang biji
2 s/b cili kisar
Beberapa keping keju 'Chesdale'/Butter - tak nak letak pun boleh
1 biji telur - dipukul sedikit kembang









Cara Memasak :-
  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah sehingga wangi dan masukkan cili kisar.
  2. Setelah tumisan cili agak masak, masukkan ikan sardin yang telah dilecek dan kacau rata sehingga masak.
  3. Masukkan hirisan cili besar, perahan air limau dan sedikit garam.
  4. Setelah bahan inti masak, angkat dan ketepikan.
  5. Ambil roti, lapiskan dengan kepingan Chesdale (Omi belah 2) dan letakkan inti sardin, lalu roti digulung. Hujung roti ditekan sedikit dengan garfu.
  6. Setelah siap semua, panaskan minyak, celupkan gulungan roti sardin tadi dengan telur yang telah dipukul.
  7. Goreng seketika dan toskan. Sedia dihidang bersama minuman kegemaran korang. 😊 Jangan lupa sos cili...!








Nota : Boleh juga dijadikan hidangan ketika bersarapan. 






















Monday, 30 October 2017

RESIPI BONDA : NASI AYAM TURUN TEMURUN

Bismillah. Assalammualaikum. 

Hidangan ini Mama Omi selalu masak bila hujung minggu. Omi dulu sebenarnya tak berapa minat untuk memasak, HAHAHA...setiap kali nak masuk dapur mesti Mama kena panggil dulu, baru lah nak datang. Maklum lah budak budak kheenn~~~ 

Alhamdulillah, berkat hasil didikan Mama, Omi makin mahir dalam seni memasak. :) Berkat hari hari kena panggil masuk dapur sebenarnya. Sekarang bila dah bersuami, baru lah terasa betapa besarnya jasa arwah Mama. Sob sob sob......

Ok. Hari ini Omi nak kongsi cara masak Nasi Ayam yang super duper sedap. 


Bahan-bahan :-

A. Lauk Ayam
  • 6-7 ketul ayam
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inch halia - ditumbuk
  • Sedikit sos tiram

Cara memasak :-
  1. Perapkan ayam dengan bahan tumbuk tadi buat seketika. (15-20 minit)
  2. Setelah itu didihkan air, (agak agak ayam tenggelam) dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. 
  3. Rebuskan ayam sehingga separuh masak. Selepas itu, boleh diangkat dan ditoskan.
  4. Air rebusan ayam tadi disimpan untuk digunakan dalam step seterusnya.
B. Bahan Perapan Ayam


  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inch halia - ditumbuk
  • Sedikit madu
  • 1 s/b kicap pekat
  • Sedikit kicap cair
  • 1 s/b sos tiram
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam
  • Gula


Cara memasak :-
  1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan tadi selama lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam.
  3. Setelah itu boleh diangkat dan ditoskan. 

*Daun salad sebagai hiasan dan ulaman :)


C. Nasi Ayam


  • 5 cawan beras
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inch halia - ditumbuk
  • 3 s/b butter
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Garam
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 2 batang serai - dititik
  • 2-3 helai daun pandan

Cara memasak :-
  1. Basuh beras, toskan dan masukkan ke dalam rice cooker. Tambahkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan memasak beras jenis yang korang gunakan.
  2. Jika air rebusan ayam tadi tak cukup, boleh ditambah air biasa.
  3. Di dalam kuali, tumis butter bersama bawang putih dan halia yang ditumbuk, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
  4. Setelah agak naik bau, tutup api dan curah bahan tumisan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan juga serai, daun pandan dan secubit garam.
D. Kuah Cili
  • 5 biji cili besar (merah)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 2 s/b cuka
  • 2 s/b gula
  • Secubit garam
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit belacan

Cara memasak :-
  1. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air rebusan ayam. Masak di dalam kuali buat seketika hingga kuah kelihatan likat. Masukkan juga gula dan secubit garam.

E. Sup Ayam


  • Beberapa ketul isi ayam - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inch halia - ditumbuk
  • 2 s/b rempah sup
  • 1-2 biji kentang - dibelah 4
  • Rempah 3 sekawan - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Sedikit daun sup dan daun bawang


Cara memasak :-
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi beserta rempah 3 sekawan. 
  2. Setelah naik bau, masukkan ayam beserta rempah sup, hirisan kentang dan air rebusan ayam/air biasa.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan secubit garam dan bahan perasa.
  4. Masak hingga kuah agak mendidih dan setelah masak, boleh dihidang dengan ditabur daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.



*Setelah siap boleh ditambah hirisan timun dan tomato sebagai ulam ulaman.

Selamat mencuba guys....!

Sunday, 29 October 2017

RESIPI BONDA : UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Bismillah. Assalammualaikum. 

Apa khabar semua, mudah mudahan sentiasa sihat selalu. Maklum lah sekarang ini musim hujan, jadi jangan lupa bawa payung dan baju hujan siap siap okeh. :)

Hari hujan macam sekarang ini, Omi nak kongsi resepi yang pedas sikit; udang masak lemak cili api. Senua resipi yang Omi belajar ini hasil tunjuk ajar arwah Mama. Terima kasih untuk para ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anak tanpa jemu.

Al-Fatihah buat Mama dan insan tersayang yang telah pergi mendahului kita. 

Ok,sekarang jom masak! HE.HE.HE.


Bahan-bahan :-
7 ekor udang kertas - boleh ganti dengan apa sahaja bahan basah yang korang suka :)

Bahan kisar;
1/2 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
10 biji cili padi
2 inch kunyit hidup
1 inch halia
2 s/b cili kisar*



Tips : 
Kalau masak lemak cili padi cara orang NEGERI SEMBILAN, bahan yang bertanda (*) tak perlu dimasukkan. Cuma Omi suka bubuh sikit.

Rencah lain;
2-3 cawan santan
2 batang serai - dititik
Daun kunyit - dimayang halus
Asam keping
Garam
Sedikit air
MInyak


Tips : 
Daun kunyit perlu dibuang batang di tengah tengah daun, untuk elak rasa pahit dalam masakan.

Bahan-bahan :-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan santan, serai, asam keping dan kacau sentiasa. Untuk elakkan santan daripada berketul ketul.
  3. Tambahkan sedikit air jika perlu. Setelah kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan hingga masak.
  4. Setelah itu perasakan dengan garam dan bahan perasa. Jika kuah korang sedikit pedas, boleh lah masukkan sedikit gula.
  5. Setelah masak, taburkan daun kunyit dan boleh diangkat.





Selamat mencuba! :)




RESIPI BONDA : TAUGEH GORENG DENGAN KUCHAI

Bismillah. Assalammualaikum. 

Kali ini Omi nak kongsi resipi taugeh goreng yang ringkas. Sepertimana yang kita tahu, taugeh adalah antara sayur yang memberi manfaat terhadap kesihatan. Antaranya; taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis.

Manfaat estrogen;
  • Meningkatkan kepadatan dan susunan tulang
  • Mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Dan banyak lagi sebenarnya manfaat sayur taugeh ini. :) Jadi kepada yang kurang suka taugeh bolehlah mula makan, kalau kena cara masaknya, pasti sedap.


Bahan-bahan :-
Taugeh - dibasuh dan dibuang salutan hijau, toskan
Kucai - dibasuh dan dipotong 1 inch/2 ruas jari




Bahan tumbuk;
1/2 biji bawang besar - boleh juga ganti bawang merah 3 biji
3 ulas bawang putih
Sedikit udang kering/ikan bilis
Bahan rencah;
Bebola ikan (Fishball) - dibelah dua
Sedikit udang basah - boleh ganti isi ayam
1-2 biji cili besar - dihiris
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap cair
Garam dan sedikit perasa tambahan
Cara memasaknya :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk dan gorengkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan bebola ikan gorengkan sebentar kemudian masukkan udang basah, sos tiram, garam dan bahan perasa, kacau sebatikan.
  3. Masukkan pula taugeh, daun kucai & cili merah, kacaukan supaya bahan-bahan tadi sebati. Setelah itu masukkan sedikit kicap cair.
  4. Gaulkan hingga sebati dan boleh diangkat. Tidak perlu terlalu lama, agar sayur kekal segar dan tidak terlalu layu.


Petua arwah Mama Omi : Boleh taburkan sedikit gula ketika menggoreng sayur, membantu mengekalkan kesegaran sayur yang dimasak. :)

Selamat mencuba guys! 

RESIPI BONDA : IKAN BAWAL MASAK ASAM PEDAS

Bismillah. Assalammualaikum. 

Berkurun lamanya Omi tak 'update' blog. Jadi hari ini Omi nak kongsi cara masak asam pedas ala Johor yang mudah dan InsyaALLAH sedap.


Bahan-bahan :-
1/2 ekor ikan bawal hitam (nak guna ikan lain pun boleh)

Bahan kisar;
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inch kunyit hidup
1 inch halia
1 senduk cili kisar
Sedikit belacan



Bahan kuah;
Daun kesum
Bunga kantan (1 kuntum-belah 2)
1 sudu lada hitam
Air asam jawa (Bancuh 1 sudu asam jawa + sedikit air)

Cara memasak :-
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan lada hitam. Tunggu hingga kuah mendidih.
  3. Selepas kuah mendidih, masukkan pula ikan. Agak-agak ikan dah masak, masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa sebelum ditutup apinya.


Ok. Dah siap, selamat mencuba! :)














'GOODBYE SALE' : SELAMAT TINGGAL TERFAKTAB MEDIA

Bismillah. Assalammualaikum. Untuk sharing malam ini, Omi nak buat satu hebahan dan makluman buat kaki buku sekalian. Dengan perasaan...