Bismillah. Assalammualaikum.
Apa khabar semua, mudah mudahan sentiasa sihat selalu. Maklum lah sekarang ini musim hujan, jadi jangan lupa bawa payung dan baju hujan siap siap okeh. :)
Hari hujan macam sekarang ini, Omi nak kongsi resepi yang pedas sikit; udang masak lemak cili api. Senua resipi yang Omi belajar ini hasil tunjuk ajar arwah Mama. Terima kasih untuk para ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anak tanpa jemu.
Al-Fatihah buat Mama dan insan tersayang yang telah pergi mendahului kita.
Ok,sekarang jom masak! HE.HE.HE.
Bahan-bahan :-
7 ekor udang kertas - boleh ganti dengan apa sahaja bahan basah yang korang suka :)
Bahan kisar;
1/2 biji bawang besar*
3-4 biji bawang putih*
10 biji cili padi
2 inch kunyit hidup
1 inch halia
2 s/b cili kisar*
Tips :
Kalau masak lemak cili padi cara orang NEGERI SEMBILAN, bahan yang bertanda (*) tak perlu dimasukkan. Cuma Omi suka bubuh sikit.
Rencah lain;
2-3 cawan santan
2 batang serai - dititik
Daun kunyit - dimayang halus
Asam keping
Garam
Sedikit air
MInyak
Tips :
Daun kunyit perlu dibuang batang di tengah tengah daun, untuk elak rasa pahit dalam masakan.
Bahan-bahan :-
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
- Masukkan santan, serai, asam keping dan kacau sentiasa. Untuk elakkan santan daripada berketul ketul.
- Tambahkan sedikit air jika perlu. Setelah kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan hingga masak.
- Setelah itu perasakan dengan garam dan bahan perasa. Jika kuah korang sedikit pedas, boleh lah masukkan sedikit gula.
- Setelah masak, taburkan daun kunyit dan boleh diangkat.
Selamat mencuba! :)