Sunday, 9 December 2012

LEMPENG ITU


Suatu ketika dulu, suatu pagi yang manis, ehem3...
Si anak muda mengambil sekampit tepung, gula, garam dan sedua sudu susu, diadun bersama penuh kasih sayang dicurah air diadun lagi dan lagi,, selesai dapat nisbah cairan yg cun, minyak dipanaskan,, tangan mula lincah bergerak_permintaan ayah dibuat penuh teliti, berani, jitu dan amanah. ;)
Lempeng kesukaan beliau.
Si anak muda mengikut rasa hati, lempeng terhasil ala2 citarasa sendiri_asli lagi nipis dan ‘crunchy’.
Si anak muda terlupa sajian ini buat ayahanda.
Siap terhidang, lempeng dirasa..

Erkk,,apa akan berlaku,,,jeng jeng jeng..
Si ayah tenang,,agak sedikit biasa tidak seperti selalunya..suasana tenang.Si ibu yang arif dengan citarasa si ayah seakan memahami riak mukanya.
Ternyata kepakaran si muda masih perlu di perbaiki...
Anakku,
Lempeng kesukaan ayah perlu lebih tebal dan lembut. Gigi si ayah sudah tidak begitu kuat untuk menguyah. Si anak muda faham. Tersenyum. Terbayang lempeng tebal dan gebu..asap berkepul2 keluar di sebelah kepala si anak, terbayangkan sesuatu,, nah..! keluar imej itu..pasti lempeng si ayah seperti ini..hehe nakal kamu si anak...



Sajian lempeng si ayah perlu punya gandingannya,,
‘SAMBAL CILI TENGIK’ (^_^)
Setengik hidung waktu ditumis.
Si anak sentiasa ingat pesan ibu.
Sampai saat ini.

Apa yg pasti si anak tak kan mampu tandingi si ibu,
Walaupun hanya sekeping lempeng, walaupun hanya itu, walaupun tergambar nye mudah.
Berkatnya air tangan seorang ibu, seikhlas hati sucinya diadun bersama basahnya zikir dibibir.. hadir magis di setiap masakan nya... suapan sajian si ibu tidak terungkap dgn kata2,,melahirkan perasaan cinta dan mengutuhkan kasih sayang sebuah keluarga. Kukuh, padu ikatan itu. Master Chef memang sesuai buat iktiraf kepakaran si ibu.
Si anak tak kan mampu sehebat si ibu.

Si anak tidak mampu bayangkan,gambarkan jika tiadanya insan itu.
IBU.

Doa tak kan pernah putus dititipkan buat si ibu dan si ayah selama nafas si anak di dunia ini.
Tak kan pernah putus.

Kenangan sekeping LEMPENG.

Saturday, 1 December 2012

TENTANG SEORANG SAHABAT

kami sahabat. kami sempoi. kami gile2. aku bersyukur punya sahabat seperti dia. :)

kami degil, kami keras hati, kami nakal..hehehe. tapi suatu hari, pertama kalinya semenjak kami bersahabat, aku terlihat air mata dia. air mata dari hati.

kami beriadah pada setiap ptg, ALHAMDULILLAH,,jika ada masa terluang.

beb, petang ni kite g joging tepi pantai nak? (maklumlah tmpat kami blaja dekat dgn pantai :) )
aq set jer!!! (gumbira hati nei)

after asar, kami pun stat ler membuang lemak2 yg da makin degil neih. hahaha!

TIBA-TIBA!
tanpa tak sengaja, kami terlihat satu pasangan yang sedang mesra bercumbuan,,di balik pokok yg merimbun.
HUH..!!?? 
aku hanya terpaku melihat adegan itu ,,,tak tahu samada perlu berasa apa...sedih?marah? menyampah? geram?....badan kaku.
memandang wajah sahabat, dia hanya tersenyum, lantas menarik tgnku utk berlalu pergi dari situ.
PENGALAMAN PERTAMA kami. 

di sebalik senyuman itu, aku terlihat titisan air mata membasahi pipinya. aku tertanya-tanya..baru sebentar tadi dia tersenyum,,tapi kini riak wajahnya berubah.
dalam keadaan tak mengerti, aku peluk sahabat ku,, tgn ku sejuk..


"kenapa ko nanges??"
"aku takut tgk apa yg kita nampak tadi."
err, ko ingat aku pena tgk ker,,ko jgn ler nanges...
aku terus menenangkannya.
"kenapa kita tak buat something ek tadi? tanya sahabatku.
ntah. ko yg tarik tgn aku..hehehe,,nape ko nak join skali ker?
gile! sepatah jwb sahabat ku,,air mata nya masih menitis..
apa yang kita perlu menjawab pada Tuhan nanti bila membiarkan sahaja perkara sedemikian.
aku tersentak! mendengar kata2 Zue.

terdiam.aku peluk Zue,,,
"Zue, inilah kehidupan. semakin kita dewasa pelbagai lagi yang kita akan tempuh. kau kene kuat semangat. "
'kita doakanlah yang terbaik utk mereka..moga2 kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh NYA. 
riak lega sedikit sebanyak terlihat di wajah sahabatku. 

peringatan buat kami, pengajaran hari ini.

kami berlalu pergi sebelum tibanya maghrib.


#Betapa lembutnya hati sahabat ku sehinggakan menitis air matanya tatkala melihat perkara sebegitu. Iman di hatinya sudah cukup membuatkan aq cukup bersyukur punya sahabat seperti dia. ALHAMDULILLAH.



'GOODBYE SALE' : SELAMAT TINGGAL TERFAKTAB MEDIA

Bismillah. Assalammualaikum. Untuk sharing malam ini, Omi nak buat satu hebahan dan makluman buat kaki buku sekalian. Dengan perasaan...